Minat atau Gaji?
Biasanya selepas tingkatan 5 kita akan duduk seharian depan meja, dalam
bilik atau tandas untuk tanda course yang kita pilih untuk ke kolej atau
University. Secara mitosnya kita yakin
semakin sukar pelajaran tersebut semakin tinggi gaji yang di janjikan.
Sebenarnya tidak, semakin hari
kita semakin dewasa untuk kenal dunia. Kita akan tersedar course yang kita
ambil tidak sejiwa dengan minat rupaya, sama ada kita akan meneruskan course
tersebut sebab sudah setengah jalan atau tukar saja course . Ataupun kita akan
sedar semua ini bukan pilihan atau minat bila memasuki dunia internship.
Internship adalah satu fasa pra-pekerjaan yang
akan memberi sedikit sebanyak pengalaman pekerjaan dengan bidang yang anda
belajar. Tetapi jika anda sudah habis belajar perkara yang anda lihat adalah
GAJI, bukan minat. Ramai siswa siswi sekarang memilih kerja berdasarkan gaji,
sebagai contoh : Gaji untuk seorang graduan adalah rm1800 ke atas.
Secara faktanya : Gaji seorang
graduan yang belajar 3 tahun takkan sama dengan mereka yang
bekerja 3
tahun. Orang yang sudah ada pengalaman dan orang yang baru
nak timba
pengalaman berbeza .
Sebab tu 70% para graduan memilih
kerjaya yang berlainan dari apa yang mereka belajar, ada bagusnya sebab kita
akan belajar keluar dari zon keselesaan sebenarnya. Apatah lag kes pengangguran
tinggi di Malaysia kini, terpaksa keluar dari zon keselesaan untuk mencari
keselesaan pada masa hadapan . Anyway … belum lambat lagi nak wish SELAMAT HARI
RAYA !





Comments
Post a Comment