Ada Apa dengan MOLLY


  Saya tak suka haiwan peliharan, termasuk kucing. Tak friendly orang cakap, tetapi Molly berbeza, dari tingkah laku juga karekter. Ya dia kucing berkarekter.


  Pada asalnya Shaza(officemate), yang menjumpai Molly yang waktu itu masih kecil di tepi guard house dalam keadaan basah di sebabkan hujan.

   Molly di jaga sekejap secara bergilir-gilir oleh officemate yang lain , sementara kami iklankan kepada sesiapa yang ingin mengambilnya dan menjaga.


   Malangnya tiada siapa yang mahu di mana ketika itu, Molly masih kecil dan tidak cantik. Hasil jagaan oleh mereka di office ini, Molly membesar (tersangat besar) dan selesa berada di office .  David L adalah orang yang bertanggungjawap menjaganya sepenuh masa sementara Ee loe dan Angie mengambil peluang menjaga jika ada kelapangan.


  Kawan baik Molly di office adalah accountant kami, yang sering bermain-main dengannya. Molly punya karekter yang menarik, dia suka bergambar dan pandai merajuk. Selain itu dia juga suka mengacau orang lain selepas waktu bekerja.



  Tempat Molly makan, minum dan tempat pembuangan dijaga rapi oleh mereka di sini, dia bebas berlari  dan bermain  tanpa sesiapa melarang. Jika di tanya ada apa dengan Molly ???


Molly ada segala-galanya termasuk kasih sayang #idont'tlikecatbutmollydifferent  #mollydontlikeannoyingsound


Comments

Popular Posts