Minat dan Kerjaya


  Semalam saya telah ditugaskan untuk berada di Karnival Kerjaya Ampang, di mana kami membuka booth untuk mencari gadis atau wanita yang berusia18 hingga 28 yahun yang cuma ada sijil Spm sahaja atau drop out.

  Seperti yang dijangkakan ramai gadis atau Wanita, mendominasi pusat pembelajaran sekarang, bukan setakat diploma menjoritinya mereka adalah pemengah  lepasan ijazah.  tawaran yang kami buka untuk gadis lepasan Spm sahaja adalah  di dalam bidang kemahiran, seperti menjahit, memasak dan kecantikan untuk dipadankan oleh mentor yang terkenal.


Ramai yang datang pada kami , memohon untuk membuka peluang itu kepada mereka yang juga berkelulusan tinggi. Ini kerana bagi mereka yang mempunyai kelulusan di bidang tertentu berdasarkan pilihan yang diberi oleh pihak institusi yang terlibat. bukan bedasarkan minat mereka. apa yang mereka jangkakan adalah peluang perkejaan yang menanti selepas tamat pembelajaran,yang bagi mereka boleh menjamin masa depan.

 Saya sendiri mempunyai diploma di dalam bidang fesyen, dan kini saya bekerja sebagai program koordinator di sebuah Ngo. Minat saya dalam kerja ini jelas apabila saya menyertai beberapa program kesukarelaan. Adakalanya saya terfikir, kenapa tidak membuka peluang atau tidak menentukan minat atau masa depan belia sekarang berdasarkan keputusan peperiksaan mereka ?
Pihak institusi perlu buang sikap "BERDASARKAN " result peperiksaan.  Mungkin ini punca lambakan kerjaya sekarang , bila minat dan sijil tidak sehala.




  Wanita dan gadis di luar sana, adakalanya anda kena bijak dalam menentukan apa yang anda inginkan, tak salah punya pelbagai pengetahuan dan kelulusan berlainan bidang . Tetapi bagaimana anda mengunakan minat tersebut untuk diri dan masa depan anda.


   

 

Comments

Popular Posts