Blok 92-16-01




Kerana bergaduh dengan mak , aku nekad untuk keluar dari rumah di Semenyih . Dengan pertolongan seorang kawan (bekas kawan ) dia menemui rumah yang berhampiran dengan tempat kerja aku di Midvalley . Di sini bermulanya kisah aku menghadapi kematangan hidup.

Aku masih ingat lagi ketika pertama kali melawat rumah ini ,aku ada berkata pada Zu (org yg akn aku gantikan ) yang aku hanya mahu menetap sementara sahaja . Ini kerana fikir aku ketika itu setelah hubungan aku dan mak pulih aku akan pulang menetap di Semenyih semula , dan kini sudah hampir 6 tahun aku di sini , di blok ini .

Kemasukkan aku adalah kerana mengantikan Zu yang akan pindah pada pertengahan bulan tersebut ,biarpun singkat tetapi seronok dapat mengenalinnya .Bagi aku Zu seorang yang sangat kelakar dan menghiburkan , setelah dia keluar aku meneruskan hidup sebumbung bersama Suzie ,Ima dan Ma. Banyak aktiviti bersama yg kami lakukkan ketika itu antaranya tengok wayang pada tengah malam (maklumlah rumah depan midvalley ).

2 tahun kemudian Ma di tawarkan menyambung pelajarannya di Kuantan Pahang dan tempatnya di gantikkan oleh Najwa ,seorang anak gadis (ketika itu) yg sweet,menunggang motosikal ke tempat kerja setiap hari ,suka kucing dan suka makan burger tepi sungai (gerai burger di tepi sungai ) .Tidak lama kemudian Lynda (kwn sekolah suzie) pula masuk ,pada awalnya dia hanya mahu menumpang namun kemudian dia turut menetap di situ bersama-sama kami .Terus -terang aku katakan inilah HOUSEMATE YG PALING BEST yg pernah aku ada ! Rutin kami selepas membuang sampah pada waktu malam bersama-sama , kami akan lepak di kedai minum dan jika kami punya masalah kami akan duduk secara bulatan dan berbincang .Rindu giler kt semua housemate time tu .

Najwa akan berkahwin dan Lynda pula berpindah tempat kerja di Pandan Indah.Lin pula masuk ,nk b'cerita tentang Lin...eemmmm...err.... dia ok nice person anyway but maybe we can't get along much ....setahun kemudian jodoh Suzie sampai dan tempatnya di gantikan oleh Mellyna ,seorang gadis yg tinggi lampai suka tersenyum dan lembut orgnya. Banyak yg aku belajar darinya tentang adat istiadat Minang Negeri Sembilan dan sememangnya dia seorang yg sangat bijak.

Mengikut jejak Suzie Mel juga telah di seru jodohnya dan tempat Mel di gantikan oleh Ma yg baru sahaja tamat belajar setelah 3 tahun di Kuantan .Cuma dia m'bawa sekali kakak dan adik bongsunya menetap di sini ,Lin pula keluar. Aku meneruskan hidup di rumah ini bersama Ima ,Ma , Julia an Kak G ,kurang dari setahun 3 beradik itu keluar setelah m'nemui rumah berdekatan dgn tempat kerja Ma yg lebih baik dari "pondok buruk " ini. Oleh kerana kami m'ghadapi kesulitan untuk m'cari teman serumah dalam masa yg t'dekat dan juga keadaan rumah yg agak uzur ini,aku dan ima nekad untuk keluar .Menamatkan kisah kami .

Dinding , lif , tangga dan pintu rumah ini m'yaksikan kematangan aku dari hari ke sehari. Di sini aku kenal erti p'sahabatan , kekecewaan dan kebangkitan aku setelah jatuh .Terlalu berat untuk aku m'ninggalkan segala kenangan yg ada dari tempat ini sesungguhnya di sinilah tempat yg akn aku cari jika rasa b'jauh hati dgn adik b'adik ,mak atau abah.Bayangkan aku mampu b'jalan dgn mata yg tertutup dan comfirm aku takkan sesat di sini .Aku sayang tempat ,SERIUS ! tempat yg strategik dekat dgn LRT ,komuter dan mall.

Sekarang tepat pukul 12 tengahari ,31/10/2011. Esok adalah hari baru untuk aku dan hari ini adalah hari terakhir bersama ima (org yg paling aku rapat sekali di rumah ini ) .Tak dapat aku bayangan bila aku bangun bangun pagi keesokkan harinya dan memandang tingkap yg lain dinding yg lain , tanpa ima dan tanpa lif yg selalu rosak .Namun utk sisa-sisa waktu yg masih ada (ketika aku masih di rumah ini ) ,aku ingin ucapkan terima kasih untuk "R" yg pernah m'nolong aku m'cari rumah ini , Ima adik akk yg manja doa akk semoga kau akan temui jodoh yg abadi ,Suzie yg sentiasa ada untuk Pa , Lynda yg selalu diingati dan Najwa yg dirindui ,tak lupa pada Zu ,Lin ,Mel ,julia dan Kak G yg pernah m'netap di sini .

Biarpun gagal mengikut jejak langkah Mellyna , Najwa dan Suzie ,keluar sebagai "tunangan "orang (kerana itu yg aku beritahu abah dulu ) ,mungkin Allah tentu ada sesuatu yg lebih baik utk aku di luar sana , tiba masanya aku temui sesuatu yg baru seperti mana aku sedang cuba m'gubah masa depan aku ini. Dan suatu hari nanti jika aku m'lalui kawasan ini lagi pasti akan aku beritahu anak-anak aku " Mummy was stay here before with mummy best friends " ........Apartment Putra Ria Bangsar !

Comments

Popular Posts