Cuma sehari (Read Riding Hood with Perpustakaan Negara & PPUM)



Bagaimana jika kita hanya punyai sehari untuk mengenali seseorang? Cukupkah untuk kita menilai keikhlasan ,berkongsi suka dan duka ?Itulah yang dialami oleh 9 sukarelawan dari Yayasan Salam dibawah kelolaan SIG kanak-kanak yang di ketuai oleh Aishah Ariffin dan Mastura Mokhtar . Terhasilah program "Read Riding Hood" yang diadakkan di Wad Pediarik 6 Pusat Perubatan Universiti Malaya (wad kanser kanak-kanak) yang telah di rancang awal Julai 2011.


Program ini telah mendapat kerjasama dan tajaan dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ,di mana Puan Beghum menjadi "Story Teller" jemputan pada hari tersebut . Jelas kelihatan kegembiraan pada wajah ibu bapa bila melihat anak-anak mereka yang pada mulanya lemah dan sedih ketika melangkah kedalam wad bertukar senyum dan ceria.



Permulaan program didahulukan oleh bacaan doa oleh sukarelawan SIG kanak -kanak encik Faizal dan disusuli dengan ucapan ringkas dari wakil dari PPUM encik Shekar ,wakil dari Yayasan Salam encik Ghani dan juga wakil dari PNM Puan Salbiah . Pelbagai karekter pilihan kanak-kanak tersebut menutupi wajah pucat dan lemah itu dalam sesi face paiting oleh Cik Norita juga salah seorang dari sukarelawan SIG kanak-kanak.

Ibarat berada di luar hospital kanak-kanak ini diberi peluang untuk menyertai pertandingan mewarna kad merdeka yang telah di adili oleh wakil dari Yayasan Salam Encik Nal ,Puan Beghum dan juga Puan Salbiah mewakili dari PNM.Sementara itu tanpa di duga kanak-kanak ini dikejutkan dengan kehadiran badut dari Siso De Clown ,gelak ketawa kedengaran dan juga ada yang menangis .

Sesuatu yang luar biasa yang kami lihat apa bila anak-anak yang lemah ini mampu berdiri dan menari bersama Siso De Clown .Ketawa yang panjang membuatkan ibu bapa juga jururawat di situ merasa terharu apabila melihat anak-anak mereka seakan sihat seperti kanak-kanak lain biarpun cuma seketika.

Disini juga kanak-kanak yang hadir merasa dihargai apabila sesi penyampaian hadiah yang di sampaikan oleh Encik Ghani dan Puan Normala (ketua jururawat PPUM), ibu bapa bertepuk dan bersorak riang setiap kali nama anak mereka dipanggil untuk menerima cenderahati


Pada awal ucapan encik Ghani dan encik Shekar memuji semangat para sukarelawan dari Yayasan Salam namun disini kami merasakan pujian utama harus di beri kepada kanak-kanak tersebut atas usaha kental mereka berjuang untuk mencipta masa depan yang masih kabur dan melaluinya dengan kesakitan.

Pada hari tersebut sukarelawan berkongsi rasa dan cerita yang tak pernah diketahui luar dari pintu wad .Kesukaran ibubapa menghadapi emosi anak-anak mereka ,masalah kewangan dan juga tekanan perasaan bila mereka mula menghitung saki baki waktu yang ada untuk bersama .Setiap detik wajah anak di rakam agar tidak tersisa waktu walaupun sesaat.Bertapa sedihnya perasaan kami apabila sesi penyerahan goodies bag dari bilik ke bilik ,mendapati bayi seawal 8 bulan terlantar di situ.

Selain dari itu tanpa kami sangka salah satu pesakit yang terlibat dalam ativiti ini tidak punya harapan untuk meneruskan masa depannya .Hanya berusia 15 tahun dan pelajar terbaik dari sekolah agama yang terkenal ,masa depannya mungkin bernokta di sini.Kesukaran bapanya untuk mencari dana membawanya pulang ke Terenganu khamis ini untuk beliau menghabiskan masanya bersama keluarga membuatkan para sukarelawan meneruskan tugas yang sepatutnya tamat pada hari itu.

Cuma sehari dengan satu niat dan satu matlamat membuahkan seribu harapan dan seribu rasa yang belum mampu kami ungkaikan dengan kata-kata.Cuma sehari mengenali mereka membuatkan kami terasa kerdilnya pada kuasa yang Maha Esa ,cuma sehari kami berkongsi segala-galanya, semuanya berlaku dengan cuma sehari


Comments

Popular Posts