Bila si buta melihat cinta


  
    Benar ke orang kata cinta datangnya   "dari mata turun ke hati "?Oleh kerana saya amat teruja untuk menemui rakan-rakan saya di Johor esok dengan menaiki train , saya gagal memejamkan mata biarpun jam sudah menunjukkan hampir pukul 2.30 pagi...(abislah esok comfirm liat nk bangun) . Tiba-tiba saya teringat kisah setahun yang  lepas  dimana  saya pergi menziarahi seorang sahabat ,di Pulau Pinang juga dengan menaiki train . Secara tidak langsung mengingatkan saya satu peristiwa yang bagi saya ,Allah cuba tunjukkan. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Penang , saya ternampak 2 pasangan buta duduk di hadapan kerusi saya ,dimana salah satu pasangan tersebut mempunyai seorang anak  lelaki yang normal  .
   Biasalah orang buta bergantung sepenuhnya pada deria telinga (mereka bercakap agak kuat ) ,untuk mengetahui kedudukan seseorang dan sentuhan untuk "membaca " sesuatu. Secara tidak langsung menarik perhatian saya untuk melihat gelagat mereka . Sedang saya mengalihkan pandangan ke luar jendela sambil  menantikan saat keretapi ini bergerak  pulang ,saya terdengar anak lelaki pasangan yang duduk di depan saya meminta coklat , dan didengari oleh isteri pasangan satu lagi yang duduk di hadapan mereka . 
  "Apa...nak coklat ? kejap ye makcik panggilkan suami makcik yang TERCINTA ambi coklat dalam  beg kat atas tu  " kata perempuan di kerusi hadapan mereka sambil ketawa.Jujur saya katakan saya agak terkejut mendengarnya , kenapa saya terkejut???? Sebab saya hairan.... si isteri tidak pernah melihat wajah suami yang dinikahinya ,bagaimana pula datangnya cinta ...Sama juga dengan si suami tidak pernah tahu cantik atau tidak isterinya tetapi tetap tangan si isteri tu dipimpin sepanjang jalan .  Sedangkan kita yang punya mata masih gagal mencari pasangan hidup , ni  kan mereka yang tidak pernah mengetahui rupa pasangan sendiri .
     Kiita terlalu bergantung pada mata ,terlalu banyak menilai seseorang itu dari pelbagai sudut  termasuk wajah .Sebulan kemudian salah seorang sahabat saya ingin berkahwin dan sekali lagi saya nyaris mengalami heart attack kerana , dia ingin menikahi dgn  seorang lelaki yang baru 3 bulan dia kenali . Of course saya membangkang sebab terlalu cepat ,tetapi alasan yang di berikan oleh kawan saya .
  "Aku dah tak nak bercinta lama-lama ,aku dulu dengan "K" 5 tahun kami couple pun putus . " 
Akhirnya mereka berkahwin walaupun tanpa "restu" saya hahahaha akan tetapi...... semakin hari baru saya faham tentang cinta yang terlalu banyak "definasinya "  .
     Kenapa orang buta boleh menyintai pasangan mereka tanpa.... menilai pasangan mereka terlebih dahulu dari pelbagai sudut  ? Because they "LOVE THE RIGHT ONE" mereka menepati konsep cinta  dalam islam dengan betul.. ...I love him why ?? b'cos  he is my husband , i love her ...why coz she is my wife ..... adakalanya jodoh datang dengan sekali hembus..... kita akan terasa ..... kerana cinta adalah hak Allah ...Allah dan menentukan setiap tulang rusuk ade pemiliknya  sama ada kita akan jumpa di sini (bumi) atapun di atas sana (syurga)...
Amatlah menyedihkan bila saya membaca surat khabar yang tertulis "isteri meninggalkan suami demi cintanya " ...bukankah suaminya itu cinta yang di beri oleh Allah ??? tidak di nafikan adakalanya emosi dan perasaan  seorang wanita terlalu kuat tetapi perlu diingat ...perasaan untk di rasa bukan di ikut .....
     Walau apa pun pandangan kita tentang cinta mahupun jodoh  .... yang penting cintai seseorang itu atas dasar tanggungjawap .... dan kepada sesiapa yang masih tertanya-tanya  siapakah pasangan kita kelak .... letaklah kepercayaan itu padaNya kerana Dia  tahu apa yang terbaik untuk kita ....mungkin sudah tiba masanya kita belajar  untuk pejamkan  mata dan menerima seseorang itu dengan atas  rasa yakin dgn pilihan Allah ...dan untuk mereka yg masih belum punya teman mungkin  juga kerana Allah tidak mahu .... hati anda di sakiti .... kerana anda terlalu baik untuk di lukai .....
   Dan untuk trip esok ...saya berharap agar saya dapat belajar sesuatu sepanjang perjalanan ke sana ..... Ohhh yeee ...kawan saya yang bercinta 3 bln tu dah pun punya seorang ank lelaki yang sangat comel dan perkembangan mereka kini ........mereka sangat bahagia ..... alhamdulillah....

Comments

Popular Posts