ISLAMOPHOBIA BUKAN SEKADAR PEMENTASAN

Bila seorang  mempersoalkan  tentang kebenaran agama anda , kita pasti melenting . Bila seorang bukan  Islam mencurahkan perasaannya pada si dia yang beragama Islam pasti mengatakan agamannya  adalah  satu halangan untuk   mereka  bersatu .

  Perpektif mereka yang bukan beragama Islam cuba   di ketengahkan  secara  santai  dan di huraikan di atas pentas Dewan Muktamar ,Pusat Islam   pada 7hb April 2012, di bawa oleh Hidayah Centre   dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam , Serious comedy studio  juga  dibawah tajaan oleh ACCIN  dan WAMMY. Diskriminasi   terhadap Islam   wujud sudah sekian lama , soalan asas  seperti "keseksian" wanita bertudung , pakaian mahupun politik di campur aduk agar penoton mendapat pemahaman secara serentak .

    Ketakutan  untuk  memeluk Islam mahupun mempelajarinya dengan lebih mendalam tersekat gara-gara  ulasan negatif dari media  barat  mula merancuni pemikiran warga dunia , sedangkan Islam adalah agama yang damai . Permula pentas di awalkan dengan percitaan Tan dengan gadis  Islam  yang mendesaknya memeluk Islam agar membolehkan mereka berkahwin namun  Tan merasa berat hati untuk menurut kata kekasihnya itu .  Dan diikuti dengan perbincangan   2 orang sahabat yang minum kopi bersama , pertanyaan berbaur negatif  terhadap Islam diajukan .

   Isu politik turut terselit di antara perbincangan tersebut  apabila Islam  di jadikan  retorik  ahli politik di luar sana  , perjuagan mereka  di alas dengan agama  Islam menambahkan lagi  definasi  Islamophobia  di  dalam laman Wikipedia .Padangan ibubapa bukan beragama  Islam yang menanam kebimbangan terhadap anak mereka  yang cenderung  memilih pasangan yang beragama Islam memberi kesan pada penonton yang kurang arif tetang perasaan mereka . Dilema yang di hadapi oleh mereka yang mahu memeluk Islam  dan ketaatan terhadap ibu bapa  seperti di tuntut  dalam Islam  ,ibarat di biar mati emak di telan mati bapak .

   Paling menarik sekali di dalam pementasan ISLAMOPHOBIA adalah bila melayu dan Islam di kaitkan antara satu sama lain , sedangkan adat  ,budaya dan agama adalah  berlainan . Faktor  yang mendorong  penyatuan  antara Islam dan melayu  adalah kerana  majoriti  penduduk Malaysia adalah ISLAM MELAYU. Sedangkan Islam adalah berbentuk universal , tiada budaya dan adat di rangkumi  secara fakta.

   Di akhir pementasan tersebut segala persoalan terhurai , mengapa  sifat phobia terhadap Islam  wujud . Mengapa kita di belenggu dengan soalan yang sama setiap hari mahupun setiap tahun , kerana …. Tiada pemahaman secara tererinci  . Mereka yang hanya melihat Islam dari sudut negatif sepatutnya  mengkaji  dari sudut bacaan mahupun bertanya dari mereka yang diiktiraf kelulusannya   . Yang penting …. Buka hati untuk melihat Islam dari pelbagai sudut dan anda akan tahun indahnya ISLAM itu dimana …..

Comments

Popular Posts